Pembentangan Bajet 2023 pada Oktober ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia dan juga kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prestasi ekonomi negara kini berada di landasan kukuh untuk kembali pulih dan berdaya tahan.